Sunday, January 10, 2010

ARUS MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN : APLIKASI CD-ROM DALAM KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang mengikuti kursus Diploma Pendidikan di bawah Universiti Utara Malaysia bersama-sama rakan seperjuangan guru Yayasan Islam Kelantan. Antara subjek yang diambil ialah SGDT 3023 IT in Education yang diajar oleh En Hasnan Hassan. Beliau telah memberi tugasan kepada kami untuk mencari artikel-artikel berkenaan subjek ini. Berikut adalah artikel yang saya pilih dan ingin kongsikan bersama anda semua. Semoga perkongsian ini mendapat memberikan manfaat kepada kita semua terutama penulis-penulis artikel ini. Sila klik link di bawah..

ARUS MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN : APLIKASI CD-ROM DALAM KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ).


Abstrak

Perkembangan multimedia yang begitu pesat dalam pendidikan telah membawa kepada impak perubahan yang besar kepada proses P&P yang berlaku di sekolah, dan hal ini secara tidak langsung telah mencabar dan mendorong para guru untuk turut serta dalam perkembangan yang berlaku khususnya guru yang mengajar kelas kemahiran Al-Quran (KKQ). Memahirkan diri dalam kemahiran teknologi ini tidak akan merugikan guru. Hal ini turut disokong oleh International Society for Technology in Education (ISTE) yang menyarankan guru untuk menguasai dan menggunakan multimedia dalam pengajaran (Baharuddin Aris et.al., 2003, hlm. 24). Ini kerana antara kelebihan jika mahir dalam bidang IT ini ialah dapat menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih berkesan.

Dan salah satu BBM berbantukan komputer yang berkesan ialah dengan menggunakan program perisian kursus computer (courseware) seperti CD-ROM. Walaupun penggunaan CD-ROM ini masih lagi belum meluas dalam kalangan guru KKQ, namun terdapat segilintir pihak yang mula menyedari tentang kepentingan penggunaan CD-ROM ini dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran. Ini kerana, pengeluaran CD-ROM untuk belajar Al-Quran telah mula diperkenalkan di pasaran akhir-akhir ini. Penggunaan CD-ROM dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran ini sangat penting kerana ianya dapat memudahkan proses pengajaran Al-Quran khususnya dalam bidang hafazan, tarannum dan Qiraat.


9 comments:

JAW said...

Payoh wei nk baca artikel nie. Wat serabut dalam blog jah. Link jo lah URL tue. hahahaha.
Apo2pun.... blog title tue memang ganas... ( Doh aku hok tulun wat)

JAW said...

ari jumaat nie jange lupo bawok laptop wei....

UUM said...

Sesungguhnya kemajuan teknologi dan kemantapan kemahiran teknologi memudahkan manusia berinteraksi satu sama lain...............
kemantapan ini akan lebih terserlah dengan kekuatan jati diri manusia yang memungkinkan kelebihan-kelebihan ini menjadi faktor penyumbang kekuatan gerakan ISLAM sedunia......kembalikan keizzahan tersebut,kita julang kembali............

mohd khairulnaim bin abd majed (202278) said...

Salam.Walaupun teknologi semakin canggih, tetapi kelas al-quran mesti dan haruslah mempunyai guru yang pakar dalam al-quran dan juga pakar dalam ict.2 elemen tersebut harus ada pada seorang guru itu kerana guru tersebut akan dapat memberikan yang terbaik kepada pelajarnya.Kesimpulannya, kini haruslah ada guru yang mempunyai 2 elemen tersebut, agar guru tersebut menjadi guru yang professional didalam kedua-dua bidang tersebut.

darul said...

Salam.artikel ini penting bagi guru-guru yang ingin meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaranya dalam kelas kerana ianya menyedarkan kepada guru betapa pentingnya penggunaan bbm yang pelbagai untuk menarik minat para pelajar dalam kelas.sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel ini mengenai penggunaan CD-Rom dalam pengajarandan pembelajaran.

mohdrasyidi said...

memandangkan kemajuan teknologi berkembang dengan pesat, manusia terus mengejar kemajuan supaya mereka dianggap tidak ketinggalan. terutamanya dalam bidang pendidikan. pelbagai cara digunakan untuk memberi pendidikan kepada pelajar dengn menggunakan teknologi moden seperti komputer, LCD , dan sebagainya.
perlu diingatkan secanggih mana teknologi yang kita ada, jangan kita lupa kepada cara tradisi dalam menyebarkan ilmu-ilmu al-quran. al-quran disebarkan secara musafahah, bukan dengan cara belajar bersendirian dan tidak mempunyai guru yang mursyid, disinilah kita akan mendapat keberkatan. ramai manusia yang mampu membaca al-quran, namun tidak ramai yang mengerti pengertian al-quraan,

Zulfikri Zakaria 202174 said...

Penggunaan komputer dalam pendidikan abad ke 21 ini sudah tidak asing lagi.Tidak ketinggalan juga bagi guru yang mengajar matapelajaran Al-Quran.Penggunaan cd-rom atau komputer dalam mengaplikasikan pengajian Al-Quran antara salah satu alat ABM dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Dengan menggunakan cd-rom atau komputer, penumpuan pelajar juga dapat ditingkatkan disamping menarik minat mereka untuk belajar.
Namun begitu haruslah diingat,ilmu Al-Quran pada asalnya dituntut melalui cara talaqqi secara menghadap guru dan mendengar sebutan dari mulut mereka.Perkara ini disepakati oleh semua ulama Qiraat.Ilmu Al-Quran juga ialah ilmu yang bersanad bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Jika penggunaan komputer atau cd-rom selalu diamalkan dalam proses p&p dalam kelas kemahiran Al-Quran,dibimbangi suatu hari nanti disiplin ilmu Al-Quran ini tidak dihiraukan lagi atau menjadi longgar.
Namun begitu,pendidik masih boleh menggunkan komputer atau cd-rom.Paling kurang ia akan mempengaruhi minda pelajar tersebut.Apa yang penting,kawalan dan ilmu pengetahuan yang mendalam pendidik Al-Quran,haruslah dimantapkan.

Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman said...

Salam.

berdasarkan artikel tersebut, penggunaan multimedia dalam pendidikan dengan mengaplikasikan cdrom dalam P&P merupakan satu usaha yang baru dan dinamik oleh guru Pendidikan Islam di negara kita. ia adalah satu usaha untuk memartabatkan inisiatif penubuhan sekolah bestari yang dicadangkan kerajaan. Namun usaha penggunaan teknologi ini sebagai penambahbaikan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah sedia ada (tradisional) adalah bergantung kepada sejauh mana perisian kursus (courseware) yang ada di pasaran pada masa kini berkualiti dan sesuai dengan silibus kurikulum di sekolah. Selain itu, pengeluaran CD-ROM yang boleh diaplikasikan dalam P&P di pasaran juga hanya sedikit sahaja dan terhad. Maka antara cabaran yang harus digalas oleh guru pendidikan Islam ialah menghasilkan lebih banyak perisian kursus (courseware) yang bersesuaian dengan kurikulum sedia ada sebagai BBM.

SURIYANI HAMZAH said...

salam ...

satu artikel yang bagus. aplikasi cdrom dalam KKQ merupakan satu usaha perlu disokong dan diberi perhatian oleh guru Pendidikan Islamdalam memartabatkan inisiatif

penubuhan sekolah bestari yang dicadangkan kerajaan. Namun usaha penggunaan teknologi ini sebagai pengupaya

(enabler) yang mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah sedia ada (tradisional) adalah bergantung kepada sejauh

mana perisian kursus (courseware) yang ada di pasaran pada masa kini berkualiti dan sesuai dengan silibus kurikulum

di sekolah. Selain itu, pengeluaran CD-ROM yang boleh diaplikasikan dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran bagi bidang

tarannum di pasaran juga hanya sedikit sahaja dan terhad. Maka antara cabaran yang harus digalas oleh guru

pendidikan Islam yang mengajar kelas kemahiran Al-Quran ialah menghasilkan lebih banyak perisian kursus

(courseware) yang bersesuaian dengan kurikulum sedia ada sebagai BBM bidang tarannum dan bidang-bidang Al-Quran

yang lain seperti tajwid, Qiraat dan hafazan.