Sunday, January 10, 2010

ARUS MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN : APLIKASI CD-ROM DALAM KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang mengikuti kursus Diploma Pendidikan di bawah Universiti Utara Malaysia bersama-sama rakan seperjuangan guru Yayasan Islam Kelantan. Antara subjek yang diambil ialah SGDT 3023 IT in Education yang diajar oleh En Hasnan Hassan. Beliau telah memberi tugasan kepada kami untuk mencari artikel-artikel berkenaan subjek ini. Berikut adalah artikel yang saya pilih dan ingin kongsikan bersama anda semua. Semoga perkongsian ini mendapat memberikan manfaat kepada kita semua terutama penulis-penulis artikel ini. Sila klik link di bawah..

ARUS MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN : APLIKASI CD-ROM DALAM KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ).


Abstrak

Perkembangan multimedia yang begitu pesat dalam pendidikan telah membawa kepada impak perubahan yang besar kepada proses P&P yang berlaku di sekolah, dan hal ini secara tidak langsung telah mencabar dan mendorong para guru untuk turut serta dalam perkembangan yang berlaku khususnya guru yang mengajar kelas kemahiran Al-Quran (KKQ). Memahirkan diri dalam kemahiran teknologi ini tidak akan merugikan guru. Hal ini turut disokong oleh International Society for Technology in Education (ISTE) yang menyarankan guru untuk menguasai dan menggunakan multimedia dalam pengajaran (Baharuddin Aris et.al., 2003, hlm. 24). Ini kerana antara kelebihan jika mahir dalam bidang IT ini ialah dapat menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih berkesan.

Dan salah satu BBM berbantukan komputer yang berkesan ialah dengan menggunakan program perisian kursus computer (courseware) seperti CD-ROM. Walaupun penggunaan CD-ROM ini masih lagi belum meluas dalam kalangan guru KKQ, namun terdapat segilintir pihak yang mula menyedari tentang kepentingan penggunaan CD-ROM ini dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran. Ini kerana, pengeluaran CD-ROM untuk belajar Al-Quran telah mula diperkenalkan di pasaran akhir-akhir ini. Penggunaan CD-ROM dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran ini sangat penting kerana ianya dapat memudahkan proses pengajaran Al-Quran khususnya dalam bidang hafazan, tarannum dan Qiraat.